Webinar Kesejahteraan Kendiri Kencing Tikus “Waspada Penyakit Bawaan Air Banjir”
25 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Disember 2024 (Selasa), petugas NADI telah menyertai sesi webinar kesejahteraan kendiri iaitu Kencing Tikus “Waspada Penyakit Bawaan Air Banjir” secara dalam talian menggunakan Google Meet. Webinar ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat berkaitan dengan penyakit bawaan air banjir terutamanya kencing tikus. Leptospirosis ialah penyakit ini berjangkit kepada manusia yang terdedah secara langsung dengan air/air banjir yang telah tercemar dengan air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing dan lembu yang telah dijangkiti bakteria “Leptospira”.
Manusia boleh dijangkiti penyakit tersebut apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus dan haiwan-haiwan yang berkaki empat yang lain. Oleh itu, langkah-langkah berwaspada perlu diambil dalam melindungi kesihatan diri semasa banjir dengan minum air yang dimasak dan tidak bermain dengan air banjir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: